Sunday 9 October 2011

Ketawa Perawat Duka --- Isteri Tersayang---


hye...lama dah x updates blog ni..huhuh...oklh..sy ada 1 crita..huhu....saja nk buat anda terhibur...

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL.Terdapat sebuah komputer di sebuah bilik di setiap hotel itu.Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Malangnya,dia telah tersalah alamat e-mail isterinya dan tanpa mengatahui kesilapan itu,dia terus menghantar e-mail tersebut.
   Di sebuaah rumah di Kedah pula,seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya.Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya.Selepas membaca e-mail pertama si janda itu si janda tersebut pengsan.
   Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer..
To:Isteri kesayanganku
date:16 may 2002
subject:Abang telah selamat sampai.

"Abang tahu sayang pasti terkejut dengan kehadiran mesej ini.Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.Abang Telah selamat sampai dan telah menginap aman di sini.Abang lihat semuanya telah disediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti,sayang.Abang harap perjalananmu ke sini nani lebih bermakna seperti apa yang abang lalui ketika ini."...


Gelak...jangan x gelak..huhuh..  

No comments:

Post a Comment